Google
 

Friday, July 20, 2007

Belanja sekolah langgan pelacur

Oleh Erywan Norshal
erywan@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Beberapa remaja berumur bawah 15 tahun sanggup ‘mengikat perut’ dengan berjimat duit belanja sekolah, semata-mata untuk berkongsi wang bersama rakan bagi melanggan pelacur.

Difahamkan remaja terbabit sanggup ke rumah pelacuran untuk mendapat ‘belaian’ daripada wanita tidak bermoral dengan bayaran murah kerana beroperasi pada waktu siang.

Kegiatan itu dibongkar seorang pelajar tingkatan tiga dikenali sebagai Ahmad Firdaus, 15, yang mengaku mula terjebak dengan kegiatan itu ketika berumur 14 tahun selepas terpengaruh dengan pujukan rakan yang lebih tua.
Dia berkata, pada mulanya dia mengikuti rakan yang dipanggil ‘abang’ berumur 20-an mengunjungi kawasan pelacuran sekadar mahu ‘mencuci mata’.

“Tujuan kami hanya untuk melihat gadis dipercayai pelacur yang mencari pelanggan di tepi Lorong Haji Taib selepas waktu sekolah kerana ingin melihat gelagat mereka sebelum seorang lelaki menawarkan perkhidmatan itu.

“Lelaki yang didakwa sebagai bapa ayam itu menawarkan khidmat seks dengan bayaran kira-kira RM50 sebelum seorang daripada kami menerima tawarannya,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Menurutnya, kejadian pada hari itu menjadikannya sebagai pengalaman bagi seorang remaja yang ingin mencuba benda baru serta mencabar.

Ahmad Firdaus berkata, duit saku yang diberi ibu bapanya sebanyak RM4 sehari untuk ke sekolah adalah sumber pendapatan utama untuk memenuhi ‘hasratnya’.

“Hampir tiga minggu, saya mengumpul wang saku dengan berjimat sehingga sanggup mengikat perut tidak makan tengah hari di sekolah bagi mengumpul wang untuk melanggan pelacur.

“Apabila duit simpanan mencukupi kira-kira RM80, saya dan beberapa rakan mengunjungi tempat berkenaan, namun kami tidak dilayan kerana umur terlalu muda.

“Kami tetap mencuba meronda kawasan itu beberapa kali dengan harapan mereka (bapa ayam) akan menawarkan perkhidmatan itu,” katanya.

Menurutnya, hampir sejam meronda di kawasan itu, seorang wanita berusia dalam lingkungan 30 tahun menawarkan perkhidmatan itu kepada mereka dengan bayaran RM100.

Katanya, dia dan rakannya terpaksa berkongsi wang kerana ingin mencuba sebelum masuk ke bilik yang disediakan.

“Selepas kejadian itu, wanita terbabit turut memberi nombor telefon bimbitnya bagi memudahkan kami menghubunginya.

“Sekiranya memerlukan perkhidmatan itu, saya dan rakan hanya perlu menghubunginya dan mengunjungi biliknya selain diberi diskaun kerana berurusan pada waktu siang,” katanya.

Ahmad Firdaus berkata, dia dan beberapa rakannya mula ketagih dengan kegiatan itu dan hampir setiap bulan mereka terpaksa mengikat perut dengan berjimat wang persekolahan.

Sementara itu, rakannya yang hanya mahu dikenali sebagai Mohd Rosli, 15, berkata hampir setengah tahun dia terbabit dengan kegiatan itu sebelum satu kejadian yang menyebabkan dia ‘bertaubat’ dan berhenti melanggan pelacur apabila lelaki berbadan besar yang didakwa sebagai teman lelaki wanita itu memukulnya.

Menurutnya, selepas kejadian itu, dia dimarahi ibu bapanya dan mengugut untuk menghantarnya ke balai polis kerana terbabit dengan kegiatan haram serta menyalahi undang-undang.

oleh:Metro Online

2 comments:

  1. aku betina jalang, sape nak kol la 0175406185. free of cas pon bleh!

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah kau sempat bertaubat....kalau kau dijangkiti HIV camane perasan orang tua kau???pikir2la

    ReplyDelete