Google
 

Friday, June 5, 2009

TV1 dan TV2 Live di Web

Assalammualaikum wbt...

Hari ni aku nak kongsi dengan korang pasal siaran tv yg aku ciplak dari blog orang lain..heheh jangan marah..

korang klik je mana² siaran kat bawah ni ikut korang nak tengok...



Buat masa ni aku cuma berjaya menciplak 2 siaran iaitu tv1 dan tv2..insyaallah di masa akan datang akan bertambah lagi channel², siaran² utk tontonan semua..

***p/s: kalau pandai mu orang tengok la source code dan copy la code tv² pastu letak kat blog mu orang sendiri..aku nohal tak kemut pun pasal aku pun ciplak yg orang gokkk..

Thursday, September 25, 2008

Selamat Hari RAya


Selamat hari Raya aidilfitri, Maaf Zahir & Batin...



Salam Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin

Wednesday, April 2, 2008

Hiburan nadi Pattaya

http://www.dcothai.com/images/products/pattaya-snaps-02.jpg
Bermula sebagai perkampungan nelayan pada 1960-an sebelum bertukar wajah sebagai hentian ‘rawat dan rehat’ tentera Amerika di U-Tapao bersempadan dengan wilayah Rayong, Patayya sehingga kini masih kekal dengan imej perdagangan seks.

Kekalahan memalukan Amerika dalam Perang Vietnam menyaksikan pengunduran tenteranya menyebabkan aktiviti bandar ini pernah lumpuh. Kedatangan pelancong Eropah dan Amerika beberapa tahun kemudian ‘menyuntik’ kembali industri perdagangan seks di bandar ini.

Kerajaan Thailand berusaha membersihkan imej bandar dengan mewujudkan beberapa tarikan hiburan keluarga beberapa tahun kebelakangan ini. Bagaimanapun, sama ada suka atau tidak, pelacuran tetap memperkenalkan bandar ini sehingga dikenali antara ‘red district’ terbesar dunia.

Lebih 35,000 bilik hotel disediakan di Pattaya bagi menampung kebanjiran pelancong antarabangsa. Ia kini menjadi destinasi utama pelancong dari Russia, Eropah Timur dan negara di rantau Scandinavia. Semuanya datang untuk satu tujuan - ‘berhibur’.

Lucu juga mengenangkan pihak berkuasa cuba ‘menjual’ bandar ini dengan bermodalkan alam semula jadi sebagai tarikan utamanya. Ini kerana pantainya tidak seindah seperti yang digembar-gemburkan. Bukan hendak mengata, tetapi Teluk Cempedak di Kuantan jauh lebih cantik berbanding pantai di sini.

Semuanya mungkin disebabkan destinasinya terlalu komersial. Ini belum dikira dengan kehadiran anjing tidak bertuan yang menghuni kawasan pantai. Persisiran pantainya yang dipenuhi kerusi berpayung pada siang hari pula bertukar menjadi ‘kiosk melacur’ selepas senja.

Dari pemerhatian, ekonomi bandar ini lebih mengutamakan hiburan dan perdagangan seks. Seloroh seorang rakan, jika bandar ini boleh dibahagi tiga, sudah pasti satu pertiga warganya pelacur, satu pertiga lagi mak nyah dan bakinya pelancong asing.

Perdagangan seks dan kehadiran komuniti ‘expat’ yang ramai di sekitar Pattaya menjadikan bandar ini sasaran mudah penjenayah. Bagaimanapun, anda tidak perlu risau kerana pasukan polis pelancong khas yang ditubuhkan pihak berkuasa sentiasa memantau keselamatan pengunjung.

Bandar ini juga bukan destinasi ideal untuk mereka yang kaki ‘shopping’. Peniaga di sini mengambil barang dari Bangkok menyebabkan harganya sedikit mahal. Kedainya juga ditutup lebih awal, mungkin untuk memberi laluan kepada kehidupan malam yang seakan tidak berpenghujung.

Bagaimanapun, selain aktiviti seks tanpa segan silu, masih ada tarikan lain sekiranya anda berkunjung ke Pattaya. Untuk kaki golf disediakan 21 padang golf, semuanya terletak dalam lingkungan 1 kilometer (km) dari pusat bandar menunggu kunjungan anda. Untuk remaja, anda boleh berlumba di litar go-kart.

Bagi yang datang bersama ahli keluarga boleh mengunjungi Mini Siam dan Elephant Village. Zoo Harimau Sri Racha pula menjadi rumah kepada ribuan harimau dan buaya. Terlanjur ke sini, jangan lupa bergambar dengan binatang menggerunkan yang sudah dijinakkan.

Terletak 15km dari Pattaya, Taman Tropika Nong Nooch mempamerkan ratusan spesies orkid dan tanaman herba di atas tapak seluas 500 ekar. Untuk mereka yang gilakan barang kemas boleh singgah di kilang jed dan permata yang dibina di sini.

Rombongan penulis turut diberitahu pelancongan dasar laut Vimantaitalay menawarkan pemandangan karangan dan hidupan laut beberapa km dari pantai. Mereka yang berminat boleh membuat tempahan di Bali Hai Pier, berdekatan Walking Street.

Nasihat penulis, jangan bazirkan duit kerana karangan laut di Tioman, Redang dan Sipadan beribu ganda cantik dari apa yang didapati di sini. Jangan kata pemandangan terumbu karang, ikan pun ‘segan’ untuk bertandang ke Coral Island. Ringkasnya, Pattaya tidak ubah seperti ‘Port Dickson’ untuk warga Bangkok berlibur.

Tiada apa yang mengesankan sepanjang satu setengah hari berada di bandar ini. Tetapi, lawatan ini sekurang-kurangnya membuka mata betapa kita tidak perlu pelancongan seks untuk membangunkan ekonomi negara. Malah, warga Malaysia yang pernah berkunjung ke sini pasti bersetuju negara kita lebih ‘superior’ dari aspek tarikan semula jadi yang belum tercemar.

Jika ditanya siapa yang sesuai untuk ke sini. Jawapan penulis mudah, mereka yang mahukan ‘sex (seks), drugs (dadah) n rock n roll’.